Aku baru tau, rupa-rupanya majlis kenduri kahwin kat setiap negeri ada berbeza-beza.
Disebabkan aku ni bukan jenis yang biasa keluar masuk kampung orang lain, masuk negeri orang jadi banyak juga yang aku tak tau pasal budaya masyarakat lain.
Selama ni, aku ingatkan semuanya sama je.
Macam contoh kat Selangor, untuk masyarakat jawa kalau tak silap. Kadang-kadang tuan rumah tak payah nak buat undangan kenduri pun, tetamu datang ramai gila.
Setiap orang, dah tentu akan bagi sumbangan, jadi walaupun ramai, meriah tuan rumah tak rugi pun.
Macam kat tempat lain, menurut kawan aku, orang Kelantan, tempat dia kalau ada majlis kenduri, tuan rumah kena jemput secara spesifik. Jemput datang rumah, bawak la satu keluarga anak bini datang.
Dalam contoh ni, mak ayah datuk nenek, semua tu tuan rumah tak sebut, kan? Jadi maksudnya mereka ni tak di jemput.
Tak boleh bawak diorang ni datang kenduri makan sekali ye.
No comments:
Post a Comment